nota

Allah Dalam Aqidah Islamiyyah keagungan al-quran
Iman

Erti Iman ( ) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu
orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang
percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman ( ) diambil dari kata kerja 'aamana'
( ) -- yukminu' ( ) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti
'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah at-Taubah ayat 62 yang
bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada
para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang
bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan
perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan
dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan)
membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggotaanggota)."
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan
anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan
beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna.
Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang
itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
Rukun Iman
6 Rukun Iman bagi orang Islam iaitu :-
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada nabi dan rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar

Percaya kepada Allah
Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini
adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini.
Dalam Surah Al-Ikhlas,
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia
beranak dan tidak juga Dia diperanakkan.
Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."
Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam
Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan
Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama
Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran
mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui
sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.
Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui
sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah kesemuanya ada
41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua puluh dan sifat jaizNya
ada satu.
(Lihat juga:Sifat-sifat Allah)
Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah
yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk
menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita
wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.
Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah
dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan
mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul,
nescaya akan sesat dan kafirlah kita.


Percaya kepada malaikat
Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah
wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari
cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu
dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya
Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai
rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak
ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk
taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak
mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.
Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam
ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :
Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga
menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi. Mikail : Tugasnya
membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan
hasil galian bumi. Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu
bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup
semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat. ‘Izrail : Tugasnya ialah mengambil
nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan
cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat. Mungkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam
kubur. Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. Raqib : Tugasnya ialah menulis
pahala bagi orang yang membuat kebaikan. ‘Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi
orang yang membuat mungkar dan kejahatan. Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga. Malik :
Tugasnya menjaga neraka. Frman Allah Ta’ala Surah At Tahrim ayat 66:
Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka,
dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA.
Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap
tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi.
Zaman sekarang, sudah ada orang yang mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada
yang mendakwa boleh “slow talk” dengan 'Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang.
Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang
sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah yang Allah arahkan
dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Begitulah yang
diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jelas menunjukkan dakwaan ahli
bidaah ini bertentangan dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke 66. Sekaligus kenyataan dan
dakwaan mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan mereka.
Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah.
Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim
dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai
jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.

Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah
diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul
untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:
Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Injil:
diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Orang
Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut
kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-
Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
Kitab
Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah
diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul
untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:
1.Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
2.Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
3.Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
4.Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai
mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang
tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Percaya kepada Nabi dan Rasul
Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat
oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diridlai Allah.
Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi
dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan
dirinya dan umatnya sahaja.
Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai
setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula
merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan
kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya
penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul).
Terdapat lebih kurang 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, termasuk Adam, Idris, Nuh,
Lut, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad.
Muhammad merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan
dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al
Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelar Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah
gelar yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam
menyampaikan risalahnya.
Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa
kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi
umat yang beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi wahyu
oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala amal
perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan.
Apakah hikmah atau faedah diadakan Rasul dan Nabi ?
Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat
manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan
adanya Rasul dan Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta
faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang
diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang
sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah dirinya
dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.
Sifat-sifat Rasul dan Nabi
Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu
sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.
1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan
kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang
telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ).
Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah
kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut
kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm: 3-4).
2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan
melakukan sesuatu serta melaksanakan hokum-hukum Allah dengan benar dan tepat
sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.
“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari,
Muslim )
Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.
3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi
menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi
bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.
Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu
memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan
penentang-epnentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh . Mustahil Rasul/Nabi
bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.
Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu
untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan,
berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

Percaya kepada Hari Akhirat
Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan
oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari
di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan
dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau
pembangkitan.
Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk
bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka
bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan
mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan.
Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga.
Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di
neraka.

Percaya kepada Qada' dan Qadar
Rencana utama: Qadar
Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu,
menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali).
Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau
batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Rencana
sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan. Terlaksananya berupa kenyataan,
dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan). Sebahagian Ulama’
menamakan takdir itu juga qada dan qada.
Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah
ketentuan Allah semata-mata.
Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah
itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan
ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah
ditentukan oleh Allah.
Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah
mampu mengubah takdir kita.





Sifat-sifat Allah

Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat
kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah
yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi
Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.
Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau ma'nawiah.
Sifat kesempurnaan
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat
kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
· Istigna' ( )
· Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia
kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya
dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak
memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
· Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukumhukumnya
dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu datau meninggalkan sesuatu.
· Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama',
basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
· Iftiqar (
 )
· Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan
daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang
harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
· Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan,
kaunuhu hayyan.
Sifat yang harus
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu
yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan
langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya.
Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus
pada hak Allah.

No comments:

Post a Comment